Tuesday, March 6, 2012

Sambutan Maulidurrasul 2012

Alhamdulillah. Program Sambutan Maulidurrasul bagi tahun 2012 selesai sudah. Program yang berlangsung pada 24 Februari 2012 itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK. Montfort yang menggantikan YDP PIBG yang tidak dapat hadir. Banyak aktiviti telah dijalankan sempena program tersebut yang antaranya ialah pertandingan azan, hafazan, pertadingan mewarna, persembahan nasyid, sajak dan sebagainya. Acara kemuncak iaitu sesi ceramah perdana mendapat sambutan hangat murid-murid yang rata-ratanya ingin turut serta mengambil bahagian dan berinteraksi dengan penceramah undangan iaitu Us. Khairuzzikri bin Mohamad Anuar dari SK. Bagan. Jom apa kata kita layan lensa yang telah sempat kami rakamkan semasa acara berlangsung...

Saturday, November 12, 2011

Majlis Khatam Al-Quran J-QAf 2011

Bertempat di Dewan Terbuka SK. Montfort, program di bawah kelolaan Unit j-Qaf ini telah dapat dijalankan dengan jayanya di mana ianya telah disempurnakan perasmiannya oleh GPK1, Puan Hjh. Fathiyah binti Abu Hassan dengan dihadiri oleh beberapa orang wakil ibu bapa dan juga para penyumbang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

1. Persembahan hafazan.
2. Persembahan Mini Akademi Al-Quran.

Majlis ini diadakan bertujuan mengiktiraf murid Tahun 6 kerana telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah nanti.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Mudah-mudahan kejayaan mereka akan menjadi contoh ikutan adik-adik di darjah yang lebih rendah supaya menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan rutin harian hingga memungkinkan mereka khatam sedari peringkat awal usia lagi.

Allif mabruuk!!!

Sunday, November 6, 2011

Labbaikallahumma Labbaik!!!

Salam Idul Adha kepada muslim bloggers sekalian.
Bila rasanya saat kita dapat melihat dan merasai sendiri suasana ketika menunaikan rukun Islam ke-5 ini. Bagi yang dah pergi tahniah diucapkan tetapi bagi yang belum, simpan dan azamkan dalam hati bahawa kita pasti punya kesempatan untuk ke sana. Allahu akbar...

Sunday, October 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran J-QAf 2011

Majlis tersebut akan diadakan pada 11 November 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka SK. Montfort. Perasmian dijangka akan dilakukan oleh YDP PIBG SK. Montfort, Tn. Hj. Mazlan bin Mohammad. Tunggu saja laporan yang akan di'post'kan ke dalam blog ini nanti.

Monday, October 10, 2011

Tahniah!

Tahniah kepada wakil sekolah kita merangkap wakil Zon Bandar dalam Ihtifal j-QAF Daerah Batu Pahat kerana mendapat tempat ketiga bahagian Tilawah Al-Quran yang telah diadakan baru-baru ini di SK. Taman Seri Kota, Yong Peng. Mudah-mudahan kemenangan walaupun di tempat ketiga ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan keinginan murid-murid lain untuk melibatkan diri dan mencuba kemampuan masing-masing dalam bidang Tilawah Al-Quran. Siapa tahu nanti SK. Montfort bakal melahirkan qari terbilang buat masa akan datang. Apa yang penting, usaha dan tawakkal tanp jemu adalah penentunya.
Syabas dan tahniah dari Unit j-QAF SK. Montfort dan semua warga sekolah kepada Adik Muhammad Asyraf Sa'adon, murid Tahun 5B.

Tuesday, October 4, 2011

Pemantauan JPN

Pada 3 Oktober 2011 yang lepas, sekolah kita telah didatangi oleh Pegawai dari JPN Johor iaitu Us. Bakti Ahmad yang bertujuan untuk menjalankan sesi pemantauan program j-Qaf sekolah ini. Tumpuan khusus diberikan dalam pemurnian bilik j-Qaf dalam usaha mencari satu 'benchmark' atau tanda aras bagi pengurusan bilik j-Qaf yang 'standard' untuk diseragamkan di seluruh sekolah-sekolah di bawah program j-Qaf KPM.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pegawai terbabit atas teguran dan saranan beliau demi memantapkan lagi pengurusan dan juga sistem P&P dalam program j-Qaf ini.

IHTIFAL J-QAF 2011 PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

Sukacita wakil sekolah kita, Muhammad Asyraf Saadon, murid Tahun 5 akan mewakili sekolah dan Zon Bandar dalam kategori Tilawah Al-Quran yang akan diadakan pada 6 Oktober 2011 bertempat di SK Taman Seri Kota, Yong Peng. Sama-sama kita doakan agar wakil kita akan mencapai kemenangan dalam pertandingan tersebut. Aamiin..